Copyright © Mamaku, Guruku
Design by Dzignine
Tuesday, December 15, 2015

Bercuti di Lost World of Tambun

Tahun lepas dah pergi, tahun ni pegi lagi..sebab apa? Sebab BEST sangat!!!

Tahun lepas kami pergi bertiga saja, tahun ni pergi bawa adik-adik saya (cik ni dan chu ammar kepada Hazim). Lagi seronok sebab tahun ni Baba Hazim yang nak belanja sangat :D

Kenapa suka sangat pergi Lost World of Tambun? Sebab pemandangan yang sangat indah, boleh main air puas-puas, tengok haiwan dekat-dekat dan permainan taman tema semua dalam satu tiket sahaja.

Macam tahun lepas, kami bertolak seawal pagi yang boleh (cuti sekolah buka jam 10.30 pagi). Tahun lepas punya lama beratur beli tiket, tahun ni kami jadi VIP sebab booking tiket siap-siap. Lagi seronok booking awal sebab dapat diskaun ;)


                         gambar 2014


dan alhamdulillah macam tahun lepas berjaya juga Hazim masuk tanpa perlu bayar tiket. (Kanak-kanak bawah 90 cm percuma, hazim 90 cm lebih sikit)

Sebelum membasahkan diri, kami suka pusing kawasan dulu. Tengok haiwan, beri makan haiwan. Tahun ni nampak makin banyak haiwan berbanding tahun lepas. Perkembangan yang baik. Tahun ni kami dapat buat "longkang fishing" walaupun seekor ikan pun tak berjaya ditangkap. Oh ya, lepas sauk ikan tu kena lepaskan balik ya ;)

Lepas jalan-jalan tengok haiwan, main permainan taman tema. Tahun ni saya memberanikan diri naik buaian tinggi tu. Gayat juga, pejam mata je lebih. Dalam hati doa banyak-banyak. Masa tu baru terasa kebergantungan sangat-sangat kepada Allah. huhu..




                                        gambar 2015

Dah puas main di luar, barulah terjun dalam air :)
Kami suka naik tiub keliling sungai dan tunggu air mencurah turun dari atas. Tapi saya paling suka kolam air panas. Ada kolam air panas jacuzzi tapi saya macam tak sanggup nak cuba. Suhunya 43oC!

Alhamdulillah tahun ni kami diberi peluang tengok pertunjukan memberi harimau makan. Menarik juga.



Dalam jam 4 petang kami bergerak ke hotel kerana keletihan. Saja bawa adik yang baru tamat SPM bercuti dan tidur hotel. Suami booking Tower Regency Apartment. Kami menginap di studio apartment tingkat 14. Pemandangan yang agak cantik. Bilik yang luas, ada kolam renang di tingkat 6. Harga RM179 berserta breakfast untuk 2 orang. Overall ok, cuma bilik tidak kedap bunyi. Boleh dengar orang berjalan bising-bising di luar.

Sekian perkongsian percutian pendek kami.

Akhir 2015

Tahun 2015 bakal melabuhkan tirai, mungkin ini masa yang sesuai untuk kita refleksi apa yang dikecapi sepanjang tahun ini.

Apa yang kurang, kita perbaiki. Yang baik, ditambah baik agar lebih bererti.

Bagi saya, tahun ini sangat bererti kerana tahun depan saya akan ke sesi pagi setelah 6 tahun di sesi petang. Sungguh cepat masa berlalu, masih teringat semasa mula-mula posting: Kekok dan cuba membiasakan diri dengan pelajar-pelajar yang bermacam ragam. Bila dah makin lama, kita pun makin faham perangai mereka. Budak-budak baru nak "up", orang kata :p

Alhamdulillah 'ala kulli hal.. 'ala kulli ni'mah.

Semoga 2016 akan datang saya dapat menimba lebih banyak pengalaman dan menjadi lebih baik.

(semangat dalam debaran..hehe)
Monday, August 31, 2015

Assalamualaikum!


Assalamualaikum, dunia!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah starting fresh. Blog baru untuk semangat baru.

Mula bertatih untuk berkongsi kebaikan dengan warga dunia.


Terima kasih atas kunjungan anda :)